Assalamualaikum w.b.t
Travelog? 'Errrmm.. pasti membosankan.. mesti berkisar tentang peristiwa perjalanan mengerjakan ibadat haji dari satu hari ke satu hari yang lain.' Itu tanggapan pertama saya.
'Best buku ni, Kak Ze dah baca sampai habis, sangat menarik. Ambiklah kalau nak pinjam.' Kakak saya bercerita sambil menghulurkan buku itu kepada saya.
'Ye ke? Nantilah, nak cuba baca jugak.' Jawab saya acuh tak acuh. Buku itu saya ambil dan saya letakkan dalam beg.
Bulan pertama berlalu...
Bulan kedua berganti bulan ketiga...
Masuk bulan keempat...
Sepi lantas menjengah di bulan kelima...
'Buku Travelog Haji tu nanti hantar balik yer, Kak Ze nak baca lagi sekali, preparation nak gi haji tahun depan, insyaAllah.' Ujar Kak Ze suatu hari ketika dia menelefon saya.
'Oh! Buku itu, erm.. baiklah. nanti In (panggilan manja dalam keluarga *senyum*) pulangkan.'
Astaghfirullah... Sibuk urusan kerja, sibuk urusan dunia sampai lupa tentang buku Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman. Rasa bersalah menyelinap ke dalam kalbu. Sepatutnya saya dah khatam buku ini. Saya istighfar lagi. Lantas mencari-cari buku tersebut di dalam beg.
Alhamdulillah. Masih tersimpan rapi. Risau jugak takut koyak atau terlipat. Paling takut di ambil budak- budak dan diconteng.. Nauzubillah! Nasib baik masih selamat. Masih ada rezeki untuk menimba ilmu dari buku ini. InsyaAllah.
Mukasurat pertama dibaca..
lantas ke muka seterusnya..
Helai buku bergantian..
diselak-selak..
dibaca-baca..
sesekali air mata menitis..
sesekali bibir tersenyum manis..
buku travelog haji sukar untuk ditepis..
harus dibaca sehingga habis..
Kisah perjalanan ibadat haji insan bernama Muhd Kamil Ibrahim. Pelbagai rentetan peristiwa bermula dari persiapan jiwa dan raga sehinggalah beliau menyempurnakan ibadah haji tersebut.
Menariknya buku ini...
Bukan kerana fakta rukun ibadah haji yang diutamakan
Bukan juga kerana penceritaan kisah-kisah pelik yang selalu menjadi bualan
Apatah lagi bukan kerana catatan doa-doa yang berjela-jela untuk ikutan
tetapi menariknya buku ini kerana...
keikhlasan penulis menceritakan 'kekurangan' diri sebagai insan biasa (seperti kita semua *tunduk ke lantai, menginsafi diri*) sebelum menerima seruan dariNya
kesungguhan penulis mengabdikan diri, berdoa untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa (saya betul-betul maksudkan bersungguh-sungguh! sungguh!)
kehebatan penulis menggambarkan kuasa doa sebagai tanda penyerahan, bertawakkal lillahi Taala
dari muka surat pertama sehingga ke noktah yang terakhir penulis menggambarkan Allah Maha Berkuasa (Allahuakbar!)
dan lain-lain lagi..
tak rugi..
harus miliki..
bukan hanya untuk bakal jemaah haji..
tetapi semua kita di sini..
sebagai pedoman diri..
untuk tingkatkan iman di hati..
kukuhkan rasa kecintaan pada Ilahi..
insyaAllah!