Friday, August 31, 2012

Beriani Simple


...nasi beriani simple...

sangat simple sebab gunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja
=) 

resepinya : 
 2 ulas bawang putih - di mayang 
1 ulas bawang besar - di mayang
1/2 tomato - diced
 sedikit daun ketumbar 
1 sudu besar serbuk rempah nasi beriani - lucky i found ths in the cabinet... ekekek..
 sedikit rempah kasar (bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih) 
2 sudu marjerin 
1 1/2 cawan beras
ayam - 5 ketul kecik
garam/gula
raisin
kekacang - saya guna kacang badam, sisa dr buat biskut  =p

nak masak, caranya...
1. cairkan marjerin dalam periuk dan tumis rempah kasar, then masukkan bawang putih dan bawang besar.
2. masukkan rempah beriani diikuti tomato, raisin, kacang badam, dan daun ketumbar. 
3. masukkan ayam dan masak sampai ayam separuh masak. 
4. transferkan semua bahan-bahan tadi ke dalam rice cooker
5. masukkan beras yg dah siap dibasuh dan juga air.
6. tambah sedikit garam dan gula. kacau sedikit n let i cook  =)

oh ya! saya juga buatkan acar sempoi, untuk dimakan bersama nasi beriani.
bahan-bahannya : tomato ceri + garam + gula + perahan limau + daun ketumbar 

wallah! bon apetit!