Assalamualaikum. w.b.t
Tarikh : 11 Nov 2011
Tempat : Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak
Tajuk Ceramah : Bersyukur kepada Allah SWT
Pukul 6ptg dah siap2, lepas siap makan nasi dagang dua pinggan, g hantar temporary maid balik umah dia.. alhamdulillah. Sudah boleh bersiap untuk ke masjid. Semasa saya pergi hantar maid tu dah nampak kat perkarangan masjid tu dah mcm penuh orang. Dalam hati terdetik, "Alamak! mesti pergi cepat nih.. kalau lambat takut tak muat masjid." Kedai-kedai jual jubah, buku2 agama, tudung dan lain-lain pun dah banyak yg bukak kat tepi jalan ke masjid tu, mak aiih.. dah mcm pasar malam plak. begitaulah fenomena Ustaz Azhar Idrus.
nasi dagang terengganu - kang Ustaz Azhar orang Ganu. =p
Tepat pukul 6.40ptg, TOK! TOK! TOK! ketukan bertalu di pintu depan. Saya pun membuka pintu sambil tersenyum melihat Kak Zah dan Mimi yg dah siap berjubah dan bertelekung. Lantas, kami bertiga mengorak langkah ke masjid yg terletak lebih kurang 150meter saja dari rumah.
Setibanya di masjid, waaah.. tidaklah seramai yg disangka. Mungkin kerana waktu masih awal, pukul 6.45 ptg (padahal Maghrib masuk dalam 6.58ptg jer, so awal ke?) jd saf2 dalam masjid masih byk yang kosong. Kami memilih untuk berada di saf yang paling hadapan (ehem, ikut semangat Prof Kamil penulis buku Travelog Haji yang selalu semangat untuk berada di saf paling hadapan semasa solat di Masjidil Haram.. so mengambil dari semangat beliaulah maka saya fikir kalaulah saya boleh dok sebelah Ustaz, nak jer saya ke depan lagi.. hehe)
Allahu Akbar Allahu Akbar!
Azan Maghrib berkumandang. Usai mendirikan solat Maghrib 3 rakaat, Kak Zah berbisik kepada saya. "In, Kak nak gi dok belakang sikit. Bising sangat kipas depan ni. Nanti tak dengar ceramah ustaz." sambil menunjukkan 3 buah kipas yang sgt besar dan mengeluarkan bunyi berdengung tu. "Errmm.." Saya berkira-kira dalam hati. Kalau saya ke belakang nanti, x dapatlah saya nak tgk skrin besar. Terlepaslah peluang saya nak tgk aksi Ustaz Azhar yang bagi ceramah nanti. Rugilah saya sebab lg best dengar ceramah kalau dapat tgk tuan ceramah tu sekali. " Erm... rugilah Kak, kalau kak nk gi belakang, gi lah dulu. In nak tunggu kat sini dulu. Kalau tak dengar sangat ceramah ustaz baru In ke belakang." Ujar saya. Namun Kak Zah juga tidak berganjak dari tempat duduk. Mungkin dalam hatinya juga berkira2 macam saya tadi. Rugi ke berdengung.Haiishh. Kipas oh Ustaz Kipas.
Ehem, Assalamualaikum w.b.t...
Ceramah dimulakan. Ustaz Azhar bercerita tentang kenapa perlunya bersyukur kepada Allah SWT. Sesekali bunyi bising kipas mengganggu, namun saya cuba sedaya upaya untuk bersabar dan mendengar. Kak Zah pun begitu juga. Eeeeeng... Eeeeeeng.. bunyi kipas tu. Tap! Kipas pertama dimatikan. Tiada respon negatif dari jemaah. Tap! Kipas kedua pulak. Suasana tenang. Tap! Kak Zah pula mematikan kipas ketiga. Alhamdulillah. Kami semua dapat mendengar ceramah dengan jelas. Panas? oh tidaklah sangat sebab kipas siling sudah ada sebenarnya. =)
Ustaz Azhar in action
Ustaz Azhar "Kenapa perlu bersyukur? Bersyukur itu tanda balas budi Allah. Allah telah kurniakan nikmat yang tidak terbilang." Para jemaah mengangguk tanda setuju. "Pernah dok kita sujud syukur lepas kita kawin? Tanda kita sykur dapat kawin dengan isteri yang kita suka. Pernah dok?" Ustaz Azhar bertanya kepada jemaah lelaki yg paling hampir kepadanya. "Ooh, dok kawing lagi.. muka henseng dok kawin lagi.. hahaha" Sambung Ustaz Azhar diselangi dengan gelak tawa jemaah. "Sujud syukur ni dok kire la, kalau beli kereta pun kena sujud syukur, kalau beli umah pun kena sujud syukur.. tanda kita syukur kepada Allah."
Ustaz Azhar juga memberitahu yang ada 7 anggota badan yang akan bawa kita masuk neraka kalau kita tidak jaga sebaiknya iaitu mata, telinga, tangan, lidah, kaki, perut dan kemaluan. Haruslah jaga dengan sebaiknya agar tidak menjadi penyebab kita masuk neraka. Nauzubillah. Suatu hari, Ibni Mubarak bermimpi.. dari 12ribu orang yang mengerjakan haji, yang hajinya mabrur tidak sampai pun 10 orang. Ustaz Azhar bercerita. Lantas dalam hati saya berdoa "Peliharalah ibadah hajiku Ya Allah!"
Antara pesanan Ustaz Azhar yang sempat saya catat di BB saya :
- bacalah penghulu istighfar setiap hari agar memperoleh pahala 10ribu kali istighfar. ayat ustaz - kalu rs dok dang, penat nok istighfar 10ribu kali, baca lah penghulu istighfar, pahala sama jer.
- bersolat. kerana solat dua rakaat itu adalah lebih mahal dari dunia dan isinya.
- selalu mohon hidayah Allah dan mohonlah taufik yakni kekuatan untuk mengerjakan hidayah yang diberikanlah oleh Allah. -ayat Ustaz, kalau dapat hidayah jer dok guna kalau dok buat.
- haram duduk semeja dengan org yang minum arak walaupun kita dok minum.. tapi kalau duduk semeja dengan org yang makan makanan tidak halal dak per.
Ceramah berakhir lebih kurang jam 9 lebih. Solat Isyak dan jemaah pun bersurai. =)
Allah itu Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment