Saturday, December 10, 2011

Pesan Imam Hj. Hassan Mahmud Al-Hafiz...

Assalamualaikum..

Pesan beliau : 



Ada tiga jenis teman yang ada di atas muka bumi ini.. 

Pertama 
Teman sehingga kita menutup mata, iaitulah harta dunia. Ketika kita masih hidup, harta itu akan sentiasa menemani kita sehinggalah kita menutup mata. 

Kedua
Teman sehingga ke tanah kubur, iaitulah saudara mara dan sahabat handai. Pesan Imam, saudara mara akan menemani sehinggalah ke tanah kubur. Tapi kalau ajak masuk kubur, tak mau =)

Ketiga
Teman sehingga ke dalam kubur dan alam barzakh seterusnya di akhirat kelak iaitulah ilmu dan amalan baik semasa hidup. 

*source : channel 106 OASIS, tp lupa nama rancangan apa. =) 

Pandai-pandailah memilih teman agar dapat membawa kebaikan kepada kita, insyaAllah. 

Dalam memilih teman atau kawan di atas muka bumi ini, hadis ada menyebut yang membawa maksud "berkawanlah dengan si penjual minyak wangi, agar kita dapat tempias bau harum minyak wangi, jangan memilih untuk berkawan dengan si pembuat besi, nanti kita pulak yang terkena percikan apinya.." 

wallahualam. 

No comments:

Post a Comment