Saturday, September 22, 2012

Sepetang di Tanjung Malim



Kak Zan yang tinggal di Tg. Malim buat kenduri doa selamat sebab dia n hubby dapat peluang mengerjakan haji pd tahun ni. Alhamdulillah. Syukur.. 

Suka cium pipi tembam baby jayn. Muuuaaahh!

Friday, August 31, 2012

Beriani Simple


...nasi beriani simple...

sangat simple sebab gunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja
=) 

resepinya : 
 2 ulas bawang putih - di mayang 
1 ulas bawang besar - di mayang
1/2 tomato - diced
 sedikit daun ketumbar 
1 sudu besar serbuk rempah nasi beriani - lucky i found ths in the cabinet... ekekek..
 sedikit rempah kasar (bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih) 
2 sudu marjerin 
1 1/2 cawan beras
ayam - 5 ketul kecik
garam/gula
raisin
kekacang - saya guna kacang badam, sisa dr buat biskut  =p

nak masak, caranya...
1. cairkan marjerin dalam periuk dan tumis rempah kasar, then masukkan bawang putih dan bawang besar.
2. masukkan rempah beriani diikuti tomato, raisin, kacang badam, dan daun ketumbar. 
3. masukkan ayam dan masak sampai ayam separuh masak. 
4. transferkan semua bahan-bahan tadi ke dalam rice cooker
5. masukkan beras yg dah siap dibasuh dan juga air.
6. tambah sedikit garam dan gula. kacau sedikit n let i cook  =)

oh ya! saya juga buatkan acar sempoi, untuk dimakan bersama nasi beriani.
bahan-bahannya : tomato ceri + garam + gula + perahan limau + daun ketumbar 

wallah! bon apetit! 

Monday, May 28, 2012

Ketika Hati Bertasbih


Mekah, Januari 2005.

                Deretan kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke masjid agung kami lewati. Langkah terhenti di sebuah kedai yang menjual tasbih.

                “Cantiknya!” detik hatiku melihatkan pelbagai jenis tasbih yang dijual sementara ayahku meneliti tasbih-tasbih untuk dibeli.  Tiba-tiba ayahku berkata “Ein pilihlah satu, ayah hadiahkan.”

                Usai ayah berkata-kata, fikiranku melayang jauh.

Seminggu lagi aku dan ayahku akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.

                Sedang asyik membuat persiapan, hatiku berbisik. “Bagusnya kalau ayah dapat menghadiahkan tasbih buat kenang-kenanganku.”

                Dan kini tasbih itu dalam genggamanku. Detik itulah aku bersaksi akan KebesaranMu Ya Allah Yang Maha Mendengar segala yang terucap mahupun sekadar yang terdetik di hati.

Saturday, December 10, 2011

Pesan Imam Hj. Hassan Mahmud Al-Hafiz...

Assalamualaikum..

Pesan beliau : 



Ada tiga jenis teman yang ada di atas muka bumi ini.. 

Pertama 
Teman sehingga kita menutup mata, iaitulah harta dunia. Ketika kita masih hidup, harta itu akan sentiasa menemani kita sehinggalah kita menutup mata. 

Kedua
Teman sehingga ke tanah kubur, iaitulah saudara mara dan sahabat handai. Pesan Imam, saudara mara akan menemani sehinggalah ke tanah kubur. Tapi kalau ajak masuk kubur, tak mau =)

Ketiga
Teman sehingga ke dalam kubur dan alam barzakh seterusnya di akhirat kelak iaitulah ilmu dan amalan baik semasa hidup. 

*source : channel 106 OASIS, tp lupa nama rancangan apa. =) 

Pandai-pandailah memilih teman agar dapat membawa kebaikan kepada kita, insyaAllah. 

Dalam memilih teman atau kawan di atas muka bumi ini, hadis ada menyebut yang membawa maksud "berkawanlah dengan si penjual minyak wangi, agar kita dapat tempias bau harum minyak wangi, jangan memilih untuk berkawan dengan si pembuat besi, nanti kita pulak yang terkena percikan apinya.." 

wallahualam. 

Thursday, December 8, 2011

Life is like a doughnut, no?

So pretty n yummy looking on the outside.. mooshy on the inside.. and a small hole in the middle. 


My life is like a doughnut? yess. something still missing in the middle, like a missing puzzle. 
Dear Allah, iyyakanakbudu, wa iyyakanastai'n.
(You alone we worship, and unto You alone we turn for help)


Wednesday, December 7, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum. w.b.t


Tarikh : 11 Nov 2011
Tempat : Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak
Tajuk Ceramah : Bersyukur kepada Allah SWT


Pukul 6ptg dah siap2, lepas siap makan nasi dagang dua pinggan, g hantar temporary maid balik umah dia.. alhamdulillah. Sudah boleh bersiap untuk ke masjid. Semasa saya pergi hantar maid tu dah nampak kat perkarangan masjid tu dah mcm penuh orang. Dalam hati terdetik, "Alamak! mesti pergi cepat nih.. kalau lambat takut tak muat masjid." Kedai-kedai jual jubah, buku2 agama, tudung dan lain-lain pun dah banyak yg bukak kat tepi jalan ke masjid tu, mak aiih.. dah mcm pasar malam plak. begitaulah fenomena Ustaz Azhar Idrus. 


nasi dagang terengganu - kang Ustaz Azhar orang Ganu. =p 


Tepat pukul 6.40ptg, TOK! TOK! TOK! ketukan bertalu di pintu depan. Saya pun membuka pintu sambil tersenyum melihat Kak Zah dan Mimi yg dah siap berjubah dan bertelekung. Lantas, kami bertiga mengorak langkah ke masjid yg terletak lebih kurang 150meter saja dari rumah. 

Setibanya di masjid, waaah.. tidaklah seramai yg disangka. Mungkin kerana waktu masih awal, pukul 6.45 ptg (padahal Maghrib masuk dalam 6.58ptg jer, so awal ke?) jd saf2 dalam masjid masih byk yang kosong. Kami memilih untuk berada di saf yang paling hadapan (ehem, ikut semangat Prof Kamil penulis buku Travelog Haji yang selalu semangat untuk berada di saf paling hadapan semasa solat di Masjidil Haram.. so mengambil dari semangat beliaulah maka saya fikir kalaulah saya boleh dok sebelah Ustaz, nak jer saya ke depan lagi.. hehe) 

Allahu Akbar Allahu Akbar! 

Azan Maghrib berkumandang. Usai mendirikan solat Maghrib 3 rakaat, Kak Zah berbisik kepada saya. "In, Kak nak gi dok belakang sikit. Bising sangat kipas depan ni. Nanti tak dengar ceramah ustaz." sambil menunjukkan 3 buah kipas yang sgt besar dan mengeluarkan bunyi berdengung tu. "Errmm.." Saya berkira-kira dalam hati. Kalau saya ke belakang nanti, x dapatlah saya nak tgk skrin besar. Terlepaslah peluang saya nak tgk aksi Ustaz Azhar yang bagi ceramah nanti. Rugilah saya sebab lg best dengar ceramah kalau dapat tgk tuan ceramah tu sekali. " Erm... rugilah Kak, kalau kak nk gi belakang, gi lah dulu. In nak tunggu kat sini dulu. Kalau tak dengar sangat ceramah ustaz baru In ke belakang." Ujar saya. Namun Kak Zah juga tidak berganjak dari tempat duduk.  Mungkin dalam hatinya juga berkira2 macam saya tadi. Rugi ke berdengung.Haiishh. Kipas oh Ustaz Kipas.  

Ehem, Assalamualaikum w.b.t...

Ceramah dimulakan. Ustaz Azhar bercerita tentang kenapa perlunya bersyukur kepada Allah SWT. Sesekali bunyi bising kipas mengganggu, namun saya cuba sedaya upaya untuk bersabar dan mendengar. Kak Zah pun begitu juga. Eeeeeng... Eeeeeeng.. bunyi kipas tu. Tap! Kipas pertama dimatikan. Tiada respon negatif dari jemaah. Tap! Kipas kedua pulak. Suasana tenang. Tap! Kak Zah pula mematikan kipas ketiga. Alhamdulillah. Kami semua dapat mendengar ceramah dengan jelas. Panas? oh tidaklah sangat sebab kipas siling sudah ada sebenarnya. =)


Ustaz Azhar in action

Ustaz Azhar "Kenapa perlu bersyukur? Bersyukur itu tanda balas budi Allah. Allah telah kurniakan nikmat yang tidak terbilang." Para jemaah mengangguk tanda setuju. "Pernah dok kita sujud syukur lepas kita kawin? Tanda kita sykur dapat kawin dengan isteri yang kita suka. Pernah dok?" Ustaz Azhar bertanya kepada jemaah lelaki yg paling hampir kepadanya. "Ooh, dok kawing lagi.. muka henseng dok kawin lagi.. hahaha" Sambung Ustaz Azhar diselangi dengan gelak tawa jemaah. "Sujud syukur ni dok kire la, kalau beli kereta pun kena sujud syukur, kalau beli umah pun kena sujud syukur.. tanda kita syukur kepada Allah." 

Ustaz Azhar juga memberitahu yang ada 7 anggota badan yang akan bawa kita masuk neraka kalau kita tidak jaga sebaiknya iaitu mata, telinga, tangan, lidah, kaki, perut dan kemaluan. Haruslah jaga dengan sebaiknya agar tidak menjadi penyebab kita masuk neraka. Nauzubillah. Suatu hari, Ibni Mubarak bermimpi.. dari 12ribu orang yang mengerjakan haji, yang hajinya mabrur tidak sampai pun 10 orang. Ustaz Azhar bercerita. Lantas dalam hati saya berdoa "Peliharalah ibadah hajiku Ya Allah!" 

Antara pesanan Ustaz Azhar yang sempat saya catat di BB saya : 
  • bacalah penghulu istighfar setiap hari agar memperoleh pahala 10ribu kali istighfar. ayat ustaz - kalu rs dok dang, penat nok istighfar 10ribu kali, baca lah penghulu istighfar, pahala sama jer.
  • bersolat. kerana solat dua rakaat itu adalah lebih mahal dari dunia dan isinya.
  • selalu mohon hidayah Allah dan mohonlah taufik yakni kekuatan untuk mengerjakan hidayah yang diberikanlah oleh Allah. -ayat Ustaz, kalau dapat hidayah jer dok guna kalau dok buat.
  • haram duduk semeja dengan org yang minum arak walaupun kita dok minum.. tapi kalau duduk semeja dengan org yang makan makanan tidak halal dak per. 
Ceramah berakhir lebih kurang jam 9 lebih. Solat Isyak dan jemaah pun bersurai. =) 

Allah itu Maha Mengetahui. 




Wednesday, November 2, 2011

Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman

Assalamualaikum w.b.t




Travelog? 'Errrmm.. pasti membosankan.. mesti berkisar tentang peristiwa perjalanan mengerjakan ibadat haji dari satu hari ke satu hari yang lain.' Itu tanggapan pertama saya.

'Best buku ni, Kak Ze dah baca sampai habis, sangat menarik. Ambiklah kalau nak pinjam.' Kakak saya bercerita sambil menghulurkan buku itu kepada saya.

'Ye ke? Nantilah, nak cuba baca jugak.' Jawab saya acuh tak acuh. Buku itu saya ambil dan saya letakkan dalam beg.

Bulan pertama berlalu...
Bulan kedua berganti bulan ketiga...
Masuk bulan keempat...
Sepi lantas menjengah di bulan kelima...

'Buku Travelog Haji tu nanti hantar balik yer, Kak Ze nak baca lagi sekali, preparation nak gi haji tahun depan, insyaAllah.' Ujar Kak Ze suatu hari ketika dia menelefon saya.

'Oh! Buku itu, erm.. baiklah. nanti In (panggilan manja dalam keluarga *senyum*) pulangkan.'

Astaghfirullah... Sibuk urusan kerja, sibuk urusan dunia sampai lupa tentang buku Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman. Rasa bersalah menyelinap ke dalam kalbu. Sepatutnya saya dah khatam buku ini. Saya istighfar lagi. Lantas mencari-cari buku tersebut di dalam beg.

Alhamdulillah. Masih tersimpan rapi. Risau jugak takut koyak atau terlipat. Paling takut di ambil budak- budak dan diconteng.. Nauzubillah! Nasib baik masih selamat. Masih ada rezeki untuk menimba ilmu dari buku ini. InsyaAllah.

Mukasurat pertama dibaca..
lantas ke muka seterusnya..
Helai buku bergantian..
diselak-selak..
dibaca-baca..

sesekali air mata menitis..
sesekali bibir tersenyum manis..

buku travelog haji sukar untuk ditepis..
harus dibaca sehingga habis..

Kisah perjalanan ibadat haji insan bernama Muhd Kamil Ibrahim. Pelbagai rentetan peristiwa bermula dari persiapan jiwa dan raga sehinggalah beliau menyempurnakan ibadah haji tersebut.

Menariknya buku ini...

Bukan kerana fakta rukun ibadah haji yang diutamakan
Bukan juga kerana penceritaan kisah-kisah pelik yang selalu menjadi bualan
Apatah lagi bukan kerana catatan doa-doa yang berjela-jela untuk ikutan

tetapi menariknya buku ini kerana...

keikhlasan penulis menceritakan 'kekurangan' diri sebagai insan biasa (seperti kita semua *tunduk ke lantai, menginsafi diri*) sebelum menerima seruan dariNya

kesungguhan penulis mengabdikan diri, berdoa untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa (saya betul-betul maksudkan bersungguh-sungguh! sungguh!)

kehebatan penulis menggambarkan kuasa doa sebagai tanda penyerahan, bertawakkal lillahi Taala

dari muka surat pertama sehingga ke noktah yang terakhir penulis menggambarkan Allah Maha Berkuasa (Allahuakbar!)


dan lain-lain lagi..

tak rugi..
harus miliki..
bukan hanya untuk bakal jemaah haji..
tetapi semua kita di sini..
sebagai pedoman diri..
untuk tingkatkan iman di hati..
kukuhkan rasa kecintaan pada Ilahi..
insyaAllah!